Tuesday 18 March 2014

salah aku kah ??

Assalammualaikum ...
hye peeps.. im back ..
lama sangat da rasanya tak pernah "update" ape-ape cerita..
dulu alasan "busy" sekarang ni nak bagi alasan ape pulak kan ???
hurmm... masih juga sibuk tak ada masa nak hadap laptop ...

back to the main topic..
-- salah kah aku--
biasa lah.. i'm sure that 100% i'm not ready to be in love once again ..
kali ni dengan siapa ?? dengan Encik Mike la...siapa lagi ...
mula-mula aku cuba .. yeah !! memanglah nak bercinta kan tapi lama kelamaan masing-masing buat silap ...
no WONDER , aku pon "lose control".. bertindak membabi buta .. aku rasa dia patut tahu yang aku nih panas baran , kasar , giler , aku jugak boleh bertindak melulu , dengan senang hati la aku boleh tinggal dia bukan sebab tak sayang tapi memang cara aku macam tu.. aku yang sekarang bukan macam dulu lagi..dulu aku boleh sabar , layan kan lagi kepale walaupun aku tahu da sebenarnya BF aku tu curang.. aku boleh tunggu bertahun-tahun lamanya ..tapi sekarang aku dah tak macam tu..kadang-kadang "couple" satu hari je aku bole nak "blah" macam tu je kalau firasat aku mengatakan yang aku dengan seseorang nih tak serasi ..

tapi kali ni lain ...
kisah aku dengan Mike ...
- dulu memanglah aku selalu "contact" dengan Mike tapi sekarang ni da tak da..kalau ada masa free pon sehari tu sekali kadang-kadang tak de langsung .. bukan aku tak faham Mike keje .. aku pon pernah keje..pernah rasa macam mane keje .. sejak seminggu je ni cuti berlesen selame mane aku nak .. so relax la.. n now Mike pulak yang start keje .. so aku memang tahu la penat keje ..tak de mase Mike macam mane...

-mula-mula aku ok tapi selepas tu aku da mula rasa tak selesa dengan dia ..sampai kan cuti pon kadang-kadang dia tak contact aku.. mula-mula aku ok..tapi lama-lama aku sedar sikit banyak dia macam tak endah kan aku bila aku mula mendiam kan diri ... makin menjadi-jadi .. seolah-olah diam aku tu umpama memberi isyarat supaya dia bole terus tak endahkan aku .. apatah lagi bila dia cuti .. ade 24 jam .. tapi aku tolak 12 jam..so dia ade 12 jam sepatutnya untuk aku ..tapi aku tolak kan 6 jam untuk dia bersuka ria ..so ade tinggal 6 jam .. tapi untuk dia meluangkan masa 1 jam dengan aku pon susah ... tapi aku tak kesah , aku bole jer..asal kan dia tetap ade contact aku ...

- lama kelamaan aku mulai rasa kawan-kawan aku lagi penting dari dia..bia la aku meluangkan masa berjam-jam dengan kawan aku dan bukannya dengan dia sedangkan dia pun tak mungkin bole meluangkan masa bersama aku ... sampaikan apa yang aku buat , aku dah tak mahu nak bercerita dengan Mike..aku rasa adalah lebih baik jika aku sorang je yang rasa "happy" tak perlulah dia tahu .. aku dah mula rasa yang dia dah tak penting dah .. mungkin pada dia " aku sangat berharga " tapi pada aku lama-kelamaan dia tiada nilai .. kadang-kadang aku rasa lebih baik dia tiada di sisi aku daripada dia ada .. adanya dia buat aku sakit hati hari demi hari ...

-so semalam aku "decided" yang aku nak putuskan sahaja hubungan ini..tiada manfaat apa-apa pada aku .. bukan sebab aku kejam , tiada perasaan terhadap Mike .. aku sayang Mike .. tapi aku rasa aku perlukan ruang bersendirian..buat apa dia ada di sisi aku sedangkan hari2 kami akan bergaduh .. SALAH AKU KAH??? Mike kata aku kejam , tak ada perasaan , pentingkan diri sendiri tak fikirkan perasaan dia .. Mike andai kau tahu apa yang terbuku dalam hati ni..yang terpendam tak pernah terluah .. kau tak kan tahu betapa sakit sebenarnya aku rasa ...

-selama ni aku luahkan semua pada Dani .. budak sabah kawan pada Ash.. memang tak sangke aku akan kawan dengan dia..aku rapat dengan dia ..Dani la yang selalu teman aku .. chatting dengan aku kadang-kadang call aku .. aku banyak meluahkan semua pada dia.dia yang mendengar .. dia yang beri nasihat .. semua aku luahkan pada Dani ..sampai waktu Mike tanye aku tak ada pape nak cerita ke aku kata aku ok jer..sebab aku da luahkan semua pada Dani .. bukan aku memihak pada Dani tapi tuhan je yang faham perasaan aku macam mane ...

-SALAH KAH AKU ??
aku biarkan hubungan ini terhenti .. hati ini sakit .. disaat aku betul-betul memerlukan Mike dia tak ada... tuhan je tahu betapa sakit hati ini masa tu apabila melihat seorang mama yang aku sayangi ditengking oleh abang aku sendiri .. mengalir air mata ini didepan abah dan mama ..aku genggam erat tangan mama dan abah aku tarik dia masuk ke dalam rumah.. dan aku biarkan abang menggila di luar .. Benci aku .. Marah aku .. terbuku dalam hati ingin ku luahkan tiada tempat terluah .. tiada dirinya (Mike) menghilang lagi tiada khabar  berita sedangkan haritu dia cuti ... tahan kesabaran ku ingin ku marahi dia ..aku terus ambil telefon ku dial no Dani.. meluahkan semua pada Dani.. teresak-esak aku menangis meluahkan pada Dani betapa sakit hati ini melihat hal yang sedemikian... Dani pendengar , Dani lah kawan , dan Dani lah yang sentiasa ada ketika aku memerlukan dia .. bukan aku memilih Mike tapi sebenarnya kau tak pernah merancang waktumu untuk luangkan bersama aku .. maaf

-MAAF KAN AKU
jika hari ini aku sudah banyak menyakiti hati mu Mike .. tapi ketahuilah bahawa hati ini lah yang selalu kau lukai tanpa kau sedari sebenarnya...aku masih OK .. maaf jika aku memutuskan hubungan dengan cara yang kasar..ketahuilah sebenarnya aku di dalam amarah ketika itu ... aku masih OK ... tapi berhentilah mencari aku ketika ini aku selesa bersendirian ... kerana aku OK ..

tak semua akan memahami kita .. kadang-kadang dia tak sedar yang dia buat silap..padanya ia cuma hal yang tiada apa-apa makna tapi pada kita dia telah melukakan hati kita ... kau belum kenal aku jangan katakan yang sebenarnya kau sudah mengenali aku dengan lebih terperinci.. hanya kawan-kawan aku yang mengenali aku..

p/s
fikirkan lah sebelom kau ingin melakukan sesuatu ..

2 comments:

  1. pening pala, kisah awak terbalik ngan saya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahahhaha biase la
      hidup saya tak sama kan dengan awak ....

      Delete