Wednesday 19 March 2014

mampukah ??

assalammualaikum ..
to all bloggers ..
have a great day today ..
make sure you always be the best for your best... 
so , hari ni ada sikit nak luah kan apa yang tersimpan dalam hati yang terguris lagi terhiris..

~ luahan hati ...
saat aku tabah sendiri , sabar sendiri , sampai bila aku akan bertahan ...
menanggung sendiri perasaan yang kacau bilau sendiri ..
dimana disini menanti dan selalu berpura gembira tanpa disedari oleh dia ,
malah yang disana terus menikam-nikam perasaan dan merobek-robek hati ini ...
sabar aku , tabah aku , pendirian ku hilang ...
duduk di dalam bilik menangis sekuat hati ..
andai boleh aku lari , aku nak lari pergi jauh dari sini ...
terus berlari sampai hujung dunia... supaya aku lega ... 
biarkan aku melepaskan semua dengan menangis sepuas hati.. kerna dia memang tak memahami ..
menangis la aku sepuas hati.. agar esok aku boleh bangkit dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku pada diri aku..harus aku sembunyikan perasaan duka ini sendiri ..ingin ku jerit sekuat hati agar lepas semuanya ... hati meronta-ronta sakitnya ..pedih teramat sangat .. 
dikala ini aku menyesal bercinta kerna rasa ini lah yang aku tak mampu tampung selama ini.. bertahun-tahun aku lari dari semua rasa ini demi diri sendiri untuk tidak merasa sedih , sakit hati , kecewe dan semua perasaan.. silap aku ..

~ begitu senang dia menilai diri aku .. aku yang buruk , tak memahami , kejam , tiada perasaan , pentingkan diri sendiri dan apa lagi yang kau ingin nilaikan ... teruskan ... teruskan dengan apa andaian mu .. aku masih bertahan dengan semua andaian mu itu .. masih berdiri menanti walaupon aku tahu yang hal itu tak pasti ..berdiri menanti walaupon hancur perasaan aku .. tiada yang memahami .. sakit hati , luka perasaan ini .. tiada seorang pon yang akan faham tentang aku begitu juga kau ..

~aku yang pergi , aku yang salah , aku yang menghilangkan diri , aku yang salah , aku yang kejam, aku adalah segalanya pada mu ..kerna kau takkan pernah mengerti apa-apa .. kerna kau takkan faham .. kau hanya mampu menunding jari sayang ..apakah aku ini tidak mempunyai perasaan , yang begitu senang kau meletakkan diri aku di tempat yang kau suka..

~tabahkanlah hati aku , tabahkanlah aku sekuat-sekuat wanita .. karma ... hari ini kau menunding aku dengan karma ..memang karma ada, wujud dan aku percaya ..tapi sebelom kau katakan karma kepada aku , ketahuilah 1 perkara , jika hari ini aku merasakan sakit hati disebabkan oleh mu , percaya la pada karma yang kau akan rasa sakit yang aku rasa ..jika hari ini kau benci dengan aku .. aku akan pergi dan aku akan pergi dengan doa agar kau takkan pernah menyesal dengan dunia ini ..dunia yang adil..aku takkan pergi dengan dendam ..

~pergilah Mike..pergi jauh dari hidupku agar aku tidak terluka dengan lebih dalam lagi..kerna kau memang takkan faham aku .. aku tahu apa yang aku buat ini satu keputusan terburu-buru tapi adalah lebih baik jika kau pergi agar aku tidak merasa lebih sakit lagi ..cukop la hari ini ..sakit yang semakin hari semakin bertambah..aku tak pergi tapi aku menunggu tapi dengan cara aku , kau berandaian aku akan pergi..jadi aku akan pergi..cukoplah sakiti hati ini ..kerna aku da cukop sakit merasakan ini semua ...

~ tabahkanlah hati..tabahkanlah perasaan .. tabahakanlah aku dengan penuh sabar .. tabahkanlah aku dari amarah aku .. masih tidak lega ..apa yang kau mahu dari aku .. senyap .. mengalir air mata tahan sakit di hati terkadang aku menyesal mengenalmu ..tapi tidak boleh ..aku tidak boleh menyesal mengenal mu kerana mengenal mu adalah hal yang terindah dalam hidup aku .. tabahkanlah aku dengan dugaan yang sememangnye berat ..disaat aku perlu menjaga perasaan seseorang (kau) aku yang menanggung air mata disebalik dinding pemisah antara kau dan aku ..

~ menangis lagi aku ..menangis sepuas hati kerana kau takkan mampu menahannya untuk berhadapan 3 per 4 hari yang akan datang .. aku perlu selindungkan perasaan ini .. buka mata dengan senyuman berlakon lah aku dihadapan semua ahli keluarga aku .. jagna mereka tahu yang aku bersedih ..biar aku yang tanggung semua..semua perasaan sedih , luka , duka , sakit , perih semua ini .. biar aku yang tanggung .. dan aku tak pernah menyesal menanggung semuanya .. teruskan sakiti hati aku .. teruskan melakukan semuanya ..harap kau berpuas hati dengan apa yang kau lakukan Mike..

-------------------------------------------------
jika hari ini aku menangis menyesal ..
biarkan air mata mengalir agar aku berasa puas ..
biarkan lah aku menjerit sepuas hati ..
agar aku merasa lega ..
sakit hati ini dijatuhkan olehmu berat untuk aku pikul..
gagahkan kaki teruskan hidup..
biarkan aku jumpa yang terbaik untuk ku
biar aku yang terluka..
teruskan hidupmu ...

Tuesday 18 March 2014

salah aku kah ??

Assalammualaikum ...
hye peeps.. im back ..
lama sangat da rasanya tak pernah "update" ape-ape cerita..
dulu alasan "busy" sekarang ni nak bagi alasan ape pulak kan ???
hurmm... masih juga sibuk tak ada masa nak hadap laptop ...

back to the main topic..
-- salah kah aku--
biasa lah.. i'm sure that 100% i'm not ready to be in love once again ..
kali ni dengan siapa ?? dengan Encik Mike la...siapa lagi ...
mula-mula aku cuba .. yeah !! memanglah nak bercinta kan tapi lama kelamaan masing-masing buat silap ...
no WONDER , aku pon "lose control".. bertindak membabi buta .. aku rasa dia patut tahu yang aku nih panas baran , kasar , giler , aku jugak boleh bertindak melulu , dengan senang hati la aku boleh tinggal dia bukan sebab tak sayang tapi memang cara aku macam tu.. aku yang sekarang bukan macam dulu lagi..dulu aku boleh sabar , layan kan lagi kepale walaupun aku tahu da sebenarnya BF aku tu curang.. aku boleh tunggu bertahun-tahun lamanya ..tapi sekarang aku dah tak macam tu..kadang-kadang "couple" satu hari je aku bole nak "blah" macam tu je kalau firasat aku mengatakan yang aku dengan seseorang nih tak serasi ..

tapi kali ni lain ...
kisah aku dengan Mike ...
- dulu memanglah aku selalu "contact" dengan Mike tapi sekarang ni da tak da..kalau ada masa free pon sehari tu sekali kadang-kadang tak de langsung .. bukan aku tak faham Mike keje .. aku pon pernah keje..pernah rasa macam mane keje .. sejak seminggu je ni cuti berlesen selame mane aku nak .. so relax la.. n now Mike pulak yang start keje .. so aku memang tahu la penat keje ..tak de mase Mike macam mane...

-mula-mula aku ok tapi selepas tu aku da mula rasa tak selesa dengan dia ..sampai kan cuti pon kadang-kadang dia tak contact aku.. mula-mula aku ok..tapi lama-lama aku sedar sikit banyak dia macam tak endah kan aku bila aku mula mendiam kan diri ... makin menjadi-jadi .. seolah-olah diam aku tu umpama memberi isyarat supaya dia bole terus tak endahkan aku .. apatah lagi bila dia cuti .. ade 24 jam .. tapi aku tolak 12 jam..so dia ade 12 jam sepatutnya untuk aku ..tapi aku tolak kan 6 jam untuk dia bersuka ria ..so ade tinggal 6 jam .. tapi untuk dia meluangkan masa 1 jam dengan aku pon susah ... tapi aku tak kesah , aku bole jer..asal kan dia tetap ade contact aku ...

- lama kelamaan aku mulai rasa kawan-kawan aku lagi penting dari dia..bia la aku meluangkan masa berjam-jam dengan kawan aku dan bukannya dengan dia sedangkan dia pun tak mungkin bole meluangkan masa bersama aku ... sampaikan apa yang aku buat , aku dah tak mahu nak bercerita dengan Mike..aku rasa adalah lebih baik jika aku sorang je yang rasa "happy" tak perlulah dia tahu .. aku dah mula rasa yang dia dah tak penting dah .. mungkin pada dia " aku sangat berharga " tapi pada aku lama-kelamaan dia tiada nilai .. kadang-kadang aku rasa lebih baik dia tiada di sisi aku daripada dia ada .. adanya dia buat aku sakit hati hari demi hari ...

-so semalam aku "decided" yang aku nak putuskan sahaja hubungan ini..tiada manfaat apa-apa pada aku .. bukan sebab aku kejam , tiada perasaan terhadap Mike .. aku sayang Mike .. tapi aku rasa aku perlukan ruang bersendirian..buat apa dia ada di sisi aku sedangkan hari2 kami akan bergaduh .. SALAH AKU KAH??? Mike kata aku kejam , tak ada perasaan , pentingkan diri sendiri tak fikirkan perasaan dia .. Mike andai kau tahu apa yang terbuku dalam hati ni..yang terpendam tak pernah terluah .. kau tak kan tahu betapa sakit sebenarnya aku rasa ...

-selama ni aku luahkan semua pada Dani .. budak sabah kawan pada Ash.. memang tak sangke aku akan kawan dengan dia..aku rapat dengan dia ..Dani la yang selalu teman aku .. chatting dengan aku kadang-kadang call aku .. aku banyak meluahkan semua pada dia.dia yang mendengar .. dia yang beri nasihat .. semua aku luahkan pada Dani ..sampai waktu Mike tanye aku tak ada pape nak cerita ke aku kata aku ok jer..sebab aku da luahkan semua pada Dani .. bukan aku memihak pada Dani tapi tuhan je yang faham perasaan aku macam mane ...

-SALAH KAH AKU ??
aku biarkan hubungan ini terhenti .. hati ini sakit .. disaat aku betul-betul memerlukan Mike dia tak ada... tuhan je tahu betapa sakit hati ini masa tu apabila melihat seorang mama yang aku sayangi ditengking oleh abang aku sendiri .. mengalir air mata ini didepan abah dan mama ..aku genggam erat tangan mama dan abah aku tarik dia masuk ke dalam rumah.. dan aku biarkan abang menggila di luar .. Benci aku .. Marah aku .. terbuku dalam hati ingin ku luahkan tiada tempat terluah .. tiada dirinya (Mike) menghilang lagi tiada khabar  berita sedangkan haritu dia cuti ... tahan kesabaran ku ingin ku marahi dia ..aku terus ambil telefon ku dial no Dani.. meluahkan semua pada Dani.. teresak-esak aku menangis meluahkan pada Dani betapa sakit hati ini melihat hal yang sedemikian... Dani pendengar , Dani lah kawan , dan Dani lah yang sentiasa ada ketika aku memerlukan dia .. bukan aku memilih Mike tapi sebenarnya kau tak pernah merancang waktumu untuk luangkan bersama aku .. maaf

-MAAF KAN AKU
jika hari ini aku sudah banyak menyakiti hati mu Mike .. tapi ketahuilah bahawa hati ini lah yang selalu kau lukai tanpa kau sedari sebenarnya...aku masih OK .. maaf jika aku memutuskan hubungan dengan cara yang kasar..ketahuilah sebenarnya aku di dalam amarah ketika itu ... aku masih OK ... tapi berhentilah mencari aku ketika ini aku selesa bersendirian ... kerana aku OK ..

tak semua akan memahami kita .. kadang-kadang dia tak sedar yang dia buat silap..padanya ia cuma hal yang tiada apa-apa makna tapi pada kita dia telah melukakan hati kita ... kau belum kenal aku jangan katakan yang sebenarnya kau sudah mengenali aku dengan lebih terperinci.. hanya kawan-kawan aku yang mengenali aku..

p/s
fikirkan lah sebelom kau ingin melakukan sesuatu ..